suria

Polis P.Pinang Rampas Kokain Seberat 535 Gram

GEORGE TOWN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang merampas dadah jenis kokain seberat 535 gram bernilai RM160,000 iaitu rampasan kokain terbesar di Pulau Pinang pada tahun ini.

Timbalan Ketua jabatan itu, DSP Lee King Chuan berkata ia adalah ekoran tertangkapnya seorang wanita warga Thailand pada 11.45 pagi, 21 Nov lepas di sebuah bilik hotel di George Town.

Katanya 40 biji kapsul kokain berjaya dikeluarkan daripada badan wanita itu dan polis turut menemui kapsul besar seberat 215 gram di bilik hotel berkenaan.

Pada sidang akhbar di sini, Jumaat, Lee berkata ini adalah kali pertama suspek memasuki Malaysia yang dipercayai transit dari Sao Paulo (Brasil)-Barcelona (Sepanyol)-Singapura-Pulau Pinang.

Beliau berkata kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek ditahan reman sehingga 28 November untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain