suria

Najib Hadir Rumah Terbuka Deepavali KSM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri Rumah Terbuka Deepavali 1Malaysia Kementerian Sumber Manusia di sini.

Najib turut memberi sentuhan terakhir kepada kolam 1Malaysia sebagai simbolik sambutan Deepavali kementerian itu.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan isteri Datin Seri Dr Umarani, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Majlis turut dihadiri Presiden MIC Datuk Seri Dr G.Palanivel, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon selain menteri serta timbalan menteri kabinet, anggota MIC dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India.

Hampir 4,000 orang, termasuk warga kementerian dan penduduk setempat, turut memeriahkan majlis yang diserikan dengan persembahan tarian traditional serta nyanyian. BERNAMA

Artikel Lain