suria

Laman Web' Hospital Palsu' Perdaya Ekspatriat Tawar Gaji Lumayan

Kemudahan yang tidak wujud...Salah satu daripada paparan laman web Hospital Dutamas palsu yang kini telah ditutup.
Kemudahan yang tidak wujud...Salah satu daripada paparan laman web Hospital Dutamas palsu yang kini telah ditutup.
Kemudahan yang tidak wujud...Salah satu daripada paparan laman web Hospital Dutamas palsu yang kini telah ditutup.

PETALING JAYA: Sebuah 'hospital maya' merupakan penipuan terbaru dengan mensasarkan golongan ekspatriat sebagai mangsa untuk mendapatkan wang dengan meminta mereka membayar visa terlebih dahulu.

'Hospital Dutamas palsu' menawarkan gaji lebih daripada AS$9,000 (RM27,000) sebulan untuk kerja-kerja eksekutif, di samping cuti, penginapan dan faedah lain untuk menarik perhatian mangsa.

Jika mereka terkena umpan, mereka akan diminta untuk membayar wang pendahuluan beribu-ribu ringgit sebagai yuran visa dan kontrak.

Laman webnya, yang dibina pada awal bulan ini memaparkan maklumat terperinci termasuk alamat, nombor telefon dan senarai doktor.

Tetapi pemeriksaan The Star mendapati informasi yang dipaparkan sebahagiannya diambil daripada laman web Hospital Columbia Asia, Setapak dengan nama pengamal perubatan dan pekerja dari bahagian khidmat penjagaan pelanggan, pemasaran dan sumber manusia sebagai staf.

Panggilan yang dibuat terhadap nombor telefon yang disenaraikan, tidak berjawab.

Malah, alamat hospital yang sepatutnya terletak di Solaris Dutamas, didapati tidak wujud.

The Star menyedari penipuan ini apabila menerima panggilan daripada seseorang yang ragu-ragu terhadap kesahihan perkara ini.

Laman web 'Hospital Dutamas' ini didaftar di Florida, Amerika Syarikat atas nama James Baker Enterprise.

Laman web ini telah ditutup tetapi ia sekarang disenaraikan di bawah laman web pemerhatian di www.fraudwatchers.org

Laman anti-penipuan itu memaparkan surat tawaran palsu, yang antara lain menyatakan bahawa ahli lembaga pengarah hospital telah menilai resume bakal pekerja.

Artikel Lain