Kerajaan Tak Pernah Lantik Pihak Ketiga Beli Aset Pertahanan Negara - Semasa | mStar

Kerajaan Tak Pernah Lantik Pihak Ketiga Beli Aset Pertahanan Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga bagi urusan pembelian aset pertahanan negara seperti kapal selam Scorpene, jet pejuang Sukhoi dan kenderaan berat, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Menafikan dakwaan bahawa pembelian kapal selam Scorpene dilakukan melalui sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, beliau berkata urusan pembelian dilakukan antara kerajaan dan kerajaan.

"Saya buat penjelasan di sini bahawa kita tak pernah melantik mana-mana pihak ketiga dalam mana-mana pemerolehan aset sama ada kapal selam, kenderaan berat, Sukhoi, semua sekali urusan adalah kerajaan dengan kerajaan.

"Mindef tidak pernah ada apa-apa lantikan untuk lantik satu syarikat yang berdaftar di Hong Kong sebagai wakil untuk pemerolehan Scorpene," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Mengulas kehadiran kapal pengangkut George Washington milik Amerika Syarikat di perairan negara, Abdul Latif berkata semua pihak perlu pragmatik bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdagang dengan banyak negara.

Bagaimanapun, katanya, terdapat prosedur yang perlu dipatuhi sebelum memberi kebenaran untuk singgah atau berlabuh di negara ini.

"Memang kita bersetuju tetapi yang ada bawa senjata nuklear sahaja kita larang, kita tak setuju. Semua negara Asean setuju (berhubung perkara itu) tetapi kalau kapal pengangkut yang berkuasa nuklear, tidak ada masalah.

"Amerika Syarikat tak boleh sebarang datang, ia perlu melalui semua SOP. Kita kena pastikan tidak ada kebocoran dari sudut radiasi nucklear kapal yang mereka gunakan, hanya selepas prosedur ini dipastikan, baru kita beri mereka lampu hijau untuk berlabuh atau singgah ," katanya.

Persidangan Dewan bersambung esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Kerajaan Negeri Selangor Tak Telus Isu Talam

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain