suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Dan Selangor Terus Berkurangan

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa kawasan di Selangor dan Melaka semakin pulih dengan jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan terus berkurangan sejak Rabu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), di Selangor hanya satu pusat pemindahan masih aktif iaitu Dewan Genting Sanyen, Kuala Langat yang menempatkan 47 mangsa daripada 16 keluarga.

Pusat pemindahan banjir SK Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Kuala Langat telah ditutup pada 8 malam Rabu.

Di Melaka, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan setakat 10.42 pagi ini adalah seramai lapan orang daripada satu keluarga iaitu di SK Belimbing Dalam, Alor Gajah.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi portalnya meminta penduduk di sekitar Sungai Rembau di Titian Bintangor, Negeri Sembilan dan Sungai Pegalan di Ansip, Sabah supaya berwaspada berikutan aras air Sungai Rembau di situ telah melebihi aras amaran manakala di Sungai Pegalan melebihi aras bahaya. - BERNAMA

Artikel Lain