suria

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2013 Berjumlah RM251.6 Billion

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Belanjawan 2013) berjumlah RM251.6 bilion.

Belanjawan 2013 itu diluluskan kira-kira 5.30 petang apabila bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.

Ia diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pada 28 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2013 merangkumi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Persidangan Dewan bersambung minggu depan. BERNAMA

Artikel Lain