suria

AirAsia X Perkenal Penerbangan Langsung Ke Shanghai - KL

KUALA LUMPUR: AirAsia X kini mengembangkan lagi rangkaiannya ke China dengan pengenalan penerbangan langsung laluan Shanghai-Kuala Lumpur.

Syarikat itu berkata ia akan memulakan enam penerbangan mingguan dari habnya di Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai mulai 19 Februari, 2013.

"AirAsia X akan meningkatkan kekerapan penerbangannya ke Shanghai mulai 1 Mei, 2013," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani berkata syarikat itu menjangka permintaan kukuh bagi laluan itu kerana Shanghai mempunyai penduduk 23 juta orang.

"Kami berkeyakinan bahawa laluan ini akan merangsang permintaan perjalanan baharu dan meningkatkan pelancongan dan potensi perniagaan kedua-dua negara," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain