suria

Permata Negara Akan Tubuh Sekolah Untuk Cendekiawan Muda Islam

BANTING: Permata Negara bersedia untuk menambah sebuah sekolah menengah yang bertujuan untuk melahirkan cendekiawan Islam pada masa akan datang.

Penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah meluluskan dana bagi menubuhkan sebuah sekolah berasrama untuk peserta Insan Pertama – program pendidikan agama yang dibangunkan oleh Universiri Sains Islam Malaysia (USIM).

“Ia telah menjadi hasrat saya untuk sebuah sekolah menengah dibina bagi peserta program Permata Insan supaya mereka dapat meneruskan pengajian mereka di sana,” kata Rosmah semasa lawatan beliau ke kem di SM Sains Banting di sini, Rabu.

Penyelaras Permata Insan, Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, sekolah itu akan ditempatkan di kampus USIM di Nilai, dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“USIM akan membangunkan sukatan pelajaran sekolah tahun depan. Sukatan pelajaran akan sama dengan sekolah-sekolah biasa tetapi dengan penekanan tambahan pada pemahaman al-Quran dan sains Islam,” katanya.

Program Permata Insan adalah untuk kanak-kanak yang dipilih antara umur lapan hingga 12 tahun.

Kanak-kanak yang dipilih berdasarkan IQ dan ilmu Islam mereka.

Ia telah mendaftar seramai 127 peserta sejak ia bermula pada 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain