PBT Hadapi Masalah Cegah Sarang Maksiat - Exco Selangor - Semasa | mStar

PBT Hadapi Masalah Cegah Sarang Maksiat - Exco Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengakui pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu menghadapi masalah untuk melakukan penguatkuasaan terhadap kewujudkan sarang maksiat yang berselindung di sebalik premis pusat penjagaan kesihatan seperti refleksologi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, masalah utama yang dihadapi PBT ialah dari aspek penguatkuasaan walaupun proses pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa.

"Pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan pada tiap-tiap masa. Arahan bagi semua PBT ialah operasi ini perlu dijalankan setiap masa.

"Cuma kuasa pada PBT adalah terhad," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Khasim Abdul Aziz (BN-Lembah Jaya) yang bertanyakan mengenai langkah yang diambil kerajaan negeri dalam melakukan pemantauan di pusat refleksologi yang didakwa melakukan kegiatan bertentangan dengan syarat pengeluaran lesen.

Justeru, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran berkata, kerajaan negeri memerlukan kerjasama pihak polis dalam operasi pencegahan terutama dari aspek penguatkuasaan.

"Kita minta polis beri kerjasama untuk perbanyakkan operasi pencegahan.

"Tanpa kerjasama polis, kuasa pada PBT adalah terhad," katanya.

Selain itu Ronnie berkata, kerajaan negeri mengeluarkan sebanyak 179 lesen bagi aktiviti refleksologi, aromaterapi, fisioterapi, spa, sauna serta gimnasium di bawah kategori lesen pusat penjagaan kesihatan di dalam Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan sejak 2008.

Sementara itu, katanya sebanyak 1,278 pusat hiburan dan 224 hotel bajet diluluskan kerajaan negeri sejak 2008 hingga 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pelaksanaan AES Diteruskan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain