suria

Pakatan Rakyat Ibarat Tiada Kesepakatan - Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi mengumpamakan Pakatan Rakyat (PR) ibarat tiada pembahagian peranan yang jelas di antara parti komponen mereka.

Beliau mendakwa, perkara ini amat jelas kerana PR tidak dapat mencapai kesepakatan dalam perkara penting terutamanya dalam menentukan siapakah yang patut menjadi perdana menteri sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Dalam PAS siapa ketua? mursyidul am atau presiden? Dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) - (ketuanya) Presiden (Datuk Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)?

"Sama macam dalam DAP - Karpal (Singh), Setiausaha Agung Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Ini pun tidak jelas.

"Dalam PR ibarat tidak tahu siapa ibu siapa bapa. Ia tidak jelas," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan pada Muktamar PAS baru-baru ini yang mendesak supaya Hadi dilantik sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan pada PRU-13.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain