suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Dan Selangor Menurun

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Selangor dan Melaka menurun kepada 193 orang pada pagi Rabu berbanding 458 orang malam Selasa.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Melaka menurun kepada 133 orang iaitu di Alor Gajah dan Jasin, berbanding 376 orang malam Selasa.

Sementara itu di Kuala Langat, Selangor, jumlah mangsa banjir menurun kepada 60 orang pagi Rabu berbanding 82 orang malam Selasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain