Dua Anggota Polis Dihukum Penjara 5 Tahun, Didenda Kerana Rasuah - Semasa | mStar

Dua Anggota Polis Dihukum Penjara 5 Tahun, Didenda Kerana Rasuah

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dikenakan hukuman penjara lima tahun dan didenda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini apabila didapati bersalah atas tuduhan cuba memperoleh suapan RM15,000 daripada seorang lelaki, lima tahun lepas.

Rakannya, berpangkat Lans Koperal pula dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan didenda RM25,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan memperoleh suapan sebanyak RM5,000 daripada seorang wanita, lima tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Cif Inspektor Khairol Azhar Mohamad Mostar, 34, dan Lans Koperal Mohd Khaidir Sairon, 37, yang bertugas di Unit Risikan, Operasi dan Tahanan (ROT), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini.

Rozilah turut menjatuhkan hukuman satu tahun penjara terhadap Khairol Azhar manakala enam bulan penjara terhadap Mohd Khaidir sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun Rozilah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Rozilah dalam penghakimannya berkata keterangan pembelaan daripada kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah serta bersifat penafian semata-mata.

Khairol Azhar didakwa secara rasuah cuba memperoleh wang tunai RM15,000 daripada Yap Wei Leong, berusia awal 40-an, sebagai dorongan untuk tidak menangkap lelaki itu (Yap) yang memiliki dadah jenis syabu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Flat Mutiara Magna, Metro Prima Kepong dekat sini pada 8 malam, 8 Ogos 2007.

Manakala Mohd Khaidir didakwa memperoleh suapan berupa wang tunai RM5,000 daripada ibu Yap iaitu Lim Yok Chuu, 65, sebagai dorongan untuk tidak menangkap Yap yang memiliki dadah jenis syabu.

Mohd Khaidir didakwa melakukan perbuatan itu di Bandar Sri Damansara, Kepong pada 8.30 malam, 9 Ogos 2007.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Sepanjang kes itu pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nur Lokman Samingan mengemukakan 24 saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan tiga saksi.

Khairol Azhar diwakili peguam Md Yunos Shariff manakala Mohd Khaidir diwakili peguam Datuk Mohd Radzuan Ibrahim. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain