suria

Mangsa Banjir Di Melaka & Selangor Semakin Meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Melaka dan Selangor semakin meningkat berbanding malam Isnin, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi Selasa.

Di Melaka, seramai 343 orang dipindahkan berbanding malam tadi iaitu seramai 281, manakala di Selangor jumlah mangsa banjir meningkat kepada 92 berbanding 84 malam semalam.

Sementara itu, lima pusat permindahan di Melaka yang kekal iaitu di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin, manakala di Selangor mempunyai tiga pusat permindahan di Kuala Langat.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat berwaspada berikutan paras air di Sungai itu kini melebihi paras amaran.

Turut mencatat aras melebihi paras amaran ialah Sungai Repoh di Kampung Repoh, Kangar, Sungai Serting di Serting Ulu, Jempol, Negeri Sembilan dan Sungai Kerian di Mahang, Kulim, Kedah. -BERNAMA

Artikel Lain