suria

Dewan Rakyat Bentang Usul Tergempar Kecam Serangan Israel

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa membentangkan usul tergempar mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.

Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak hukuman kolektif ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Sehubungan itu, Dewan Rakyat mengambil 10 ketetapan, termasuk menyampaikan resolusi itu kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.

Usul dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Artikel Lain