suria

Pemimpin Asean Lulus Deklarasi Hak Asasi Manusia Serantau

PHNOM PENH: Pemimpin-pemimpin Asean pada Ahad meluluskan Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean sebagai komitmen untuk mempertingkat dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangai deklarasi itu bagi pihak kerajaan Malaysia di Peace Palace, di sini semasa Sidang Kemuncak Asean ke-21.

Sembilan pemimpin lain Asean turut menandatangani deklarasi.

Deklarasi itu, antara lain, melindungi hak rakyat di semua bidang kehidupan meliputi kanak-kanak hingga wanita.

Deklarasi itu adalah antara keputusan penting sidang itu ketika 10 negara anggota bergerak ke arah menubuhkan Komuniti Asean menjelang 2015.

Bercakap kepada pemberita kemudian, setiausaha agung Asean Dr Surin Pitsuwan berkata, deklarasi itu adalah sebagai komitmen para pemimpin Asean dalam usaha menggalak dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini, yang tidak saja berasaskan cara kita tetapi turut mematuhi standard tertinggi antarabangsa. - BERNAMA

Artikel Lain