suria

Noriah Kasnon Dilantik Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon akan dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai timbalan menteri yang berkuat kuasa pada Selasa.

Ia berikutan dengan pelepasan jawatan bekas timbalan menteri dan naib pengerusi Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie selepas tempoh senatornya berakhir pada Khamis lepas.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Heng akan dikekalkan di kementerian itu sebagai penasihat.

“Sebagai penghargaan kepada pengalaman dan perkhidmatannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk melantik beliau sebagai penasihat untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” kata Ali.

Heng dilantik sebagai senator pada 16 November 2006.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu hanya boleh memegang jawatan senatornya untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Artikel Lain