suria

Malaysia Pantau Dua Rakyat Yang Didakwa Terlibat Sel Pengganas Di Timur Tengah

Hishammuddin merenjis air mawar kepada peserta paling muda, adik Mohd Al Hariz Danish Sheikh Abd Rahman, 3, (duduk, kanan) pada Majlis Khatan Perdana anjuran Parlimen Batu, K.Lumpur. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang memantau perkembangan kes membabitkan dua rakyat negara ini yang ditahan di Lubnan bulan lepas kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan mengikuti proses perbicaraan yang berjalan di Lubnan itu bagi mengenal pasti pembabitan dua lelaki berkenaan dalam sel pengganas sama ada di rantau ini atau di Timur Tengah.

"Kita dah pantau pergerakan mereka ini sejak setahun lalu, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara jiran.

"Namun dari segi militansinya dan kaitan mereka dengan sel-sel pengganas di Timur Tengah, biarlah kita lihat perkembangannya melalui proses perbicaraan," katanya pada sidang media selepas Program Berkhatan beramai-ramai Umno Bahagian Batu di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas perkembangan kes dua lelaki tersebut yang ditahan di Beirut Hamra, Lubnan pada 26 Oktober lepas kerana disyaki merancang melakukan serangan ganas di negara berkenaan.

Kedua-dua lelaki itu dilapor diserah kepada Tribunal Ketenteraan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata kerajaan perlu memastikan pembabitan dua lelaki tersebut dengan sel pengganas bagi mengelak negara ini turut terkena tempias keganasan oleh kumpulan yang marah dengan perkembangan terkini di Palestin.

Ditanya mengapa tidak ada tindakan lebih awal diambil terhadap kedua-dua lelaki tersebut, Hishammuddin berkata: "Kerana mereka tidak melakukan apa-apa yang mendatangkan risiko kepada negara kita. Siasatan kita tidak menunjukkan mereka merancang untuk melakukan sesuatu di Malaysia.

"Jika kita ambil tindakan tanpa bukti yang sahih, orang awam akan kata kami salah guna kuasa."

Pada majlis itu sebanyak 290 kanak-kanak dikhatankan. - BERNAMA

Artikel Lain