Hudud Hanya Akan Dilaksana Jika PAS Menang Majoriti - Semasa | mStar

Hudud Hanya Akan Dilaksana Jika PAS Menang Majoriti

KOTA BARU: Hukum hudud boleh dilaksanakan di Malaysia sekiranya PAS berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen berbanding DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfooz Mohamed berkata, suara majoriti wakil rakyat PAS di Parlimen akan lebih dari memadai untuk memastikan hukum Islam itu dilaksanakan di negara ini.

"Telah ditegaskan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bahawa kita akan laksanakan hudud dengan sistem demokrasi di Malaysia. Maknanya jika kita menang banyak, ramai wakil rakyat parti kita (di Parlimen), maka tidak mustahil hudud boleh dilaksanakan di Malaysia.

"Tapi dengan syarat PAS mesti menang banyak, menang majoriti dibandingkan dengan rakan kita dalam pakatan," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, Ahad.

Isu hudud menjadi polemik yang tidak berkesudahan antara PAS dan DAP.

Bagaimanapun media pada Sabtu melaporkan bahawa Abdul Hadi berkata polemik isu hudud yang diperjuangkan PAS sudah diselesaikan dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya, komponen pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil pendirian 'bersetuju untuk tidak bersetuju' terhadap isu berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain