Penyelenggara Stor Dikhuatiri Lemas - Semasa | mStar

Penyelenggara Stor Dikhuatiri Lemas

BESUT: Seorang penyelenggara stor dari Petaling Jaya dikuatir lemas apabila dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang terjatuh ke dalam Sungai Bukit Keluang di sini, Jumaat.

Sehingga petang ini, usaha mencari dan menyelamat Norhaslin Abu Hassan, 36, yang dilapor hilang di sungai itu, masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria ketika dihubungi berkata Norhaslin yang sedang bercuti di sini, dikatakan bersama lima anak sudaranya ke kawasan itu untuk berkelah kira-kira pukul 5 petang.

Beliau berkata semasa kejadian, paras air di Sungai Bukit Keluang tinggi berikutan air pasang yang bermula pukul 4 petang. "Usaha mencari mangsa diteruskan dengan meluaskan kawasan pencarian termasuk kawasan laut," katanya.

Sementara itu bapa mertua mangsa Mat Jusoh Ibrahim, 58, yang ditemui di tempat kejadian hari ini berkata menantunya tiba di rumahnya di Kamung Lak Lok, Jerteh petang Khamis bersama isteri Nordiana Mat Jusoh, 35, serta tiga anak saudaranya untuk bercuti.

Beliau berkata Norhaslin membawa isteri, tiga anak saudaranya serta dua lagi kanak-kanak lain berumur antara 5 dan 12 tahun ke Pantai Bukit Keluang untuk berkelah dan berehat petang Jumaat.

"Ketika mereka bersiap untuk pulang kira-kira pukul 6.30 petang, seorang daripada anak saudaranya Mohd Hafizi Sharul, 5, terjatuh ke dalam Sungai Bukit Keluang ketika nak basuh tangan," katanya.

Beliau berkata melihat keadaan itu, Norhaslin terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anak saudaranya itu tetapi air sungai yang sedang pasang dengan arus deras itu telah menghanyutkannya.

Mohd Hafizi, yang telah tenggelam kira-kira 10 minit, berjaya diselamatkan oleh orang ramai dan kini dirawat di Hospital Daerah Besut, kata Mat Jusoh yang merupakan pesara guru. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain