suria

Papan Tanda Amaran Kamera Polis & AES Perlu Segera Dipasang

PETALING JAYA: Semua perangkap had laju yang dipasang oleh polis, kini perlu dipasang papan tanda amaran sebagai langkah berjaga-jaga kepada pemandu bahawa dihadapan mereka ada kamera beroperasi.

Papan tanda itu perlu dipasang sebelum persimpangan lampu isyarat bagi meningatkan pengguna jalan raya kamera yang tersebut akan dapat mengesan mereka yang melanggar lampu merah.

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jaafar Mohamed berkata papan tanda perangkap had laju perlu diletakkan sejauh dua dan tiga kilometer daripada kamera bergerak polis dan kamera yang beroperasi di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik.

"Kita juga telah bersetuju kepada tambahan papan tanda dalam lingkungan satu kilometer daripada kamera sebagai langkah berwaspada kepada pengguna jalan raya," katanya dalam satu temubual bersama The Star.

Ini bermakna terdapat sekurang-kurangnya dua papan tanda yang dipasang sebagai amaran kepada pengguna jalan raya bahawa kamera dihadapan bagi mengelakkan mereka memandu melebihi had laju.

Jaafar berkata langkah untuk mewujudkan papan tanda amaran itu perlu kerana ia selaras dengan Undang- Undang Pengankutan Jalan 2012, yang telah dipinda pada September tahun ini, dan pindaan tersebut telah dipersetujui oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata papan tanda amaran bagi kamera perangkap had laju yang dipasang oleh polis dan AES mempunyai spesifikasi yang sama bagi memastikan ia mengikut standard yang ditetapkan.

Perangkap had laju yang dipasang oleh polis dan AES akan mengikut pindaan undang-undang tersebut, bersama-sama yang lain. Ia bermakna papan tanda zon operasi kamera perlu dipasang dua dan tiga kilometer daripada lokasi kamera statik atau kamera bergerak.

Di bawah pindaan yang sama, papan tanda amaran bagi mereka yang gagal mematuhi lampu isyarat merah, juga perlu dipasang antara 50 hingga 500 meter sebelum persimpangan lampu isyarat daripada lokasi sistem pengesan kamera statik.

Pengarah Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Pesuruhjaya Datuk Wira Salleh Mat Rashid pada Khamis berkata pegawai polis telah diarahkan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan ditempat terbuka.

Beliau menggesa orang ramai melaporkan kepada ibu pejabat polis daerah sekiranya mereka melihat anggota polis menyorok di belakang semak atau pokok ketika operasi dijalankan.

"Anggota polis yang memakai seragam biru perlu dilihat setiap masa," katanya.

Sementara itu, Jaafar berkata papan tanda amaran perlu dipasang di 800 lokasi, yang telah dikenalpasti sebagai ‘laluan maut’ atau kawasan kemalangan.

"Ini adalah tambahan kepada 831 lokasi dimana kamera AES telah dipasang. Ia juga tidak mempunyai sebarang pertindihan dalam penguatkuasaan antara polis dan JPJ," katanya.

Beliau berkata pada ketika ini polis meletakkan papan tanda amaran perangkap had laju bergerak namun notis tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam pindaan terbaru Akta Pengangkutan Jalan.

Jaafar berkata papan tanda perlu dipasang segera kerana Jawatankuasa Kabinet antara jabatan telah mengemukakan perincian mengenai penguatkuasaan tersebut.

Artikel Lain