suria

Dua Rakyat Malaysia Didakwa Terlibat Sindiket Pemalsuan Dokumen

MELBOURNE: Dua lelaki Malaysia ditahan kerana didakwa menganggotai satu sindiket antarabangsa untuk menghasilkan dokumen palsu.

Australian Associated Press melaporkan Looi Mun Keat, 27, dan Jack Lee Kim Chuan, 26, ditahan pada Jumaat dalam serbuan di sebuah rumah di Clayton, di pinggir Melbourne.

Mereka didakwa terlibat dalam kegiatan memalsukan dan memiliki peralatan untuk menghasilkan dokumen pengenalan palsu.

Looi dan Lee ditahan reman sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne pada tarikh yang akan ditetapkan. -BERNAMA

Artikel Lain