Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 Tawar 40,000 Peluang Pekerjaan - KJ - Semasa | mStar

Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 Tawar 40,000 Peluang Pekerjaan - KJ

KUALA LUMPUR: Seramai 15,000 orang telah mengunjungi hari pertama Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 40,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang akan ditawarkan oleh 240 majikan dari seluruh negara pada pesta kerjaya selama tiga hari itu.

Selain kekosongan jawatan, katanya, sebanyak 5,000 peluang latihan termasuk keusahawanan dan latihan perindustrian ditawarkan kepada warganegara berusia bawah 40 tahun.

Karnival kedua anjuran Pemuda BN dengan tema 'Kerjaya, Pencapaian, Pengajian dan Rumah' dijangka dikunjungi kira-kira 100,000 orang sehingga Ahad ini, kata Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, ketika ditemui pada karnival tersebut.

Katanya, karnival kerjaya yang sama akan dianjurkan di tiga buah negeri pada tahun depan.

Karnival tiga hari di PWTC itu bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati banyak majikan mengadakan sesi temuduga terbuka atau mendaftar untuk dipanggil temuduga yang nyata menarik minat ramai pengunjung terutamanya graduan baru.

Salah seorang daripadanya, Mohd Saiful Lizam Ishak, 26, berkata beliau datang dari Kelantan untuk mencari peluang pekerjaan selepas tamat pengajian awal bulan ini.

Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik itu amat berharap untuk memperolehi pekerjaan daripada karnival tersebut.

Eby Mura Sola, 26, seorang Orang Asli dari suku kaum Semelai, berkata karnival itu adalah platform baginya mencari pekerjaan tetap.

Graduan Sarjana Muda Kaunseling, yang kini bertugas sebagai pekerja kontrak di sebuah syarikat swasta, mahukan pekerjaan tetap yang lebih menjamin masa depannya.

Seorang pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta, S. Bahwani, 26, berkata beliau ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Walaupun sudah dua tahun berkerja, saya datang ke sini untuk meninjau peluang pekerjaan yang lebih baik, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser