DAP Hanya Terima Kedudukan Agama Islam, Bukan Hukum Hudud - Dr Tan Seng Giaw - Semasa | mStar

DAP Hanya Terima Kedudukan Agama Islam, Bukan Hukum Hudud - Dr Tan Seng Giaw

KOTA BAHARU: Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam seperti mana termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan PAS berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,".

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, Jumaat.

Semalam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata isu hukum hudud hanya diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Menurut ucapan presiden (Abdul Hadi ketika merasmikan muktamar) ia tidak menyatakan begitu (apa-apa yang berkenaan dengan isu hudud). Ia hanya menyebut mengenai negara berkebajikan dan perpaduan," katanya.

Berkata berkata 'negara berkebajikan' tidak boleh dialih bahasa kepada 'welfare state' kerana menurutnya ianya jauh berbeza daripada segi maksudnya.

"Negara berkebajikan Islam ini merangkumi lebih daripada apa yang dikatakan 'welfare state' yang menjurus kepada negara komunis atau negara sosialis. Ianya (negara berkebajikan) lebih berpandukan perpaduan bersama, untuk bawa generasi muda sekarang dan akan datang ke arah yang memberikan kita lebih kemajuan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Beradik, Rakan Didakwa Pecah Masuk Kedai

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini