suria

Mangsa Banjir Selangor Turun, Perak, Melakan & Sarawak Kekal

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Selangor setakat pukul 5 petang Khamis menurun kepada 1,217 orang berbanding 1,309 pada sebelah pagi.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, bilangan mangsa banjir di Melaka, Perak serta Sarawak kekal, masing-masing 16, 45 dan lima orang.

Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran menyatakan hanya Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor mencatatkan paras air melebihi tanda amaran pada 3.88 meter setakat pukul 5 petang Khamis. -BERNAMA

Artikel Lain