Polis Trafik Parah Dirempuh Motosikal Ketika Bertugas - Semasa | mStar

Polis Trafik Parah Dirempuh Motosikal Ketika Bertugas

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis trafik parah akibat dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 127.6 menghala arah utara Sungai Dua, Butterworth, dekat sini Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pada kejadian 2.50 petang itu anggota berkenaan, Lans Koperal Abu Talib Shariff, 23, sedang mengeluarkan surat saman kepada seorang pemandu kereta yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju.

"Motosikal yang dipandu laju seorang lelaki secara tiba-tiba merempuh Abu Talib dan mengheretnya sejauh 30 meter sebelum beliau tercampak ke lorong kecemasan," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota berkenaan di Penang Adventist Hospital, di sini Rabu.

Beliau berkata susulan insiden itu keseluruhan struktur tulang muka dan bahu kiri anggota berkenaan patah selain tulang rusuk di bahagian belakangnya retak.

Difahamkan anggota berkenaan berada dalam keadaan stabil dan ditahan di hospital itu untuk jangka masa yang lama berikutan kecederaan yang dialaminya.

Abdul Rahim menggesa semua pengguna jalan raya agar peka dengan keadaan persekitaran sewaktu memandu terutamanya ketika terdapat sekatan jalan atau seumpamanya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya lelaki yang melanggar Abu Talib yang turut patah bahu kanannya kini berada di Hospital Kepala Batas dan dia akan ditahan sebaik sehaja selesai menjalani rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 atau penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.