suria

Paras Air Sungai Malim Melaka Melebihi Paras Bahaya

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Malim di Klebang Besar, Melaka tengah berwaspada kerana paras air sungai itu kini melebihi paras bahaya iaitu 2.11 meter setakat 9 pagi Rabu.

Di Selangor, paras air di Sungai Langat di Sungai Manggis, Bukit Changgang, di Kuala Langat, Sungai Selangor di Kuala Badong juga melebihi paras amaran dengan masing-masing mencatatkan 6 meter, 4.27 meter dan 3.95 meter.

Menurut portal JPS di Johor, paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah; Batu Pahat mencatatkan 5.44 meter juga melebihi paras amaran.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor, Melaka, Johor dan Perak masih kekal dengan kedudukan yang sama seperti malam tadi.

Di Selangor jumlah mangsa banjir ialah seramai 1,311 orang, Johor (143), Perak (39) dan Melaka seramai 84 orang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Waspada Sampai Mesej Islam - Hadi

Artikel Berikut

Artikel Lain