suria

Mahkamah Tinggi Sekali Lagi Tolak Injunksi Interim Ke Atas Lynas

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan di sini sekali lagi menolak dengan kos permohonan injunksi interim oleh penduduk Kuantan ke atas lesen operasi sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas Advanced Material Plant (LAMP) atau Lynas pada Rabu.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya memberi alasan injunksi itu ditolak atas sebab yang sama seperti permohonan mereka yang terdahulu.

"Permohonan injunksi ini sepatutnya dibuat ketika semakan kehakiman terhadap permohonan pihak plaintif (penduduk Kuantan) yang mempertikaikan status TOL yang diberikan kepada Lynas," katanya.

Pada 8 Nov lepas Hakim Mariana juga telah menolak permohonan sama yang difailkan oleh Tan Bun Tet, Syed Talib Syed Sulaiman dan Hasimah Ramli sebelum ini, sekaligus membenarkan kilang Lynas di Gebeng, dekat sini beroperasi.

Dalam pada itu Mariana juga menetapkan 30 Nov ini sebagai tarikh pengurusan kes untuk menentukan tarikh sebenar semakan kehakiman bagi permohonan penduduk Kuantan untuk membekukan TOL bagi menghentikan operasi Lynas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Waspada Sampai Mesej Islam - Hadi

Artikel Berikut

Artikel Lain