suria

Lelaki Lemas Kereta Terbabas Ke Dalam Sungai

Kelihatan beberapa anggota Bomba dan Penyelamat Alor Setar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang/Kota Setar membawa keluar mangsa mati lemas, Mohamad Shawal Razali, 24, dari Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang yang ditemui mati lemas di Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris, Pendang, Kedah.
 Mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara dipercayai terbabas ke dalam sungai kira-kira 1.30 petang Selasa.

 -fotoBERNAMA

PENDANG: Seorang lelaki dari Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang ditemui lemas pagi tadi selepas keretanya terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris di sini pada Selasa.

Mangsa Mohamad Shawal Razali, 24, yang memandu kereta jenis Proton Iswara dipercayai terbabas ke dalam sungai kira-kira 1.30 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mahmad Fauzi Abdullah berkata pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 1.42 petang semalam menghantar 25 anggota sementara unit skuba bomba dari Pulau Pinang menghantar enam anggota.

Kereta mangsa ditemui pada pukul 2 pagi tadi dan ditarik keluar dari sungai pada pukul 9 pagi.

Keluarga mangsa telah dihubungi dan menuntut mayat mangsa di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Abdul Aziz Ahmad meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang di talian 04-7596222 untuk memberi maklumat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Waspada Sampai Mesej Islam - Hadi

Artikel Berikut

Artikel Lain