suria

Labuan Mempunyai 19 Hari Cuti Umum Pada 2013

Najib memberi pandangan pada sesi "Brainstorming with Youth Opinion Leaders For A Better Malaysia". Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas, Datuk Seri Dr Kamal Jit Singh (berdiri,dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia, Mark Rozano (Berdiri,kanan). -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (tengah) bersalaman bersama orang ramai ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali Malaysian Indian Congress (MIC) 2012 di Kuil Batu Caves. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (tengah) bersalaman bersama orang ramai ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali Malaysian Indian Congress (MIC) 2012 di Kuil Batu Caves. -fotoBERNAMA

LABUAN: Labuan akan mempunyai 19 hari cuti umum tahun depan berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan cuti umum perayaan Deepavali juga mencakupi Wilayah Persekutuan itu.

Sembilan belas hari itu, di mana enam hari sama ada jatuh pada hari Jumaat atau Isnin, akan melanjutkan cuti hujung minggu masing-masing dua pada Februari dan Mei, dan setiap satu pada Jun dan September.

Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal mengucapkan terima kasih kepada Najib terhadap pengumuman itu.

"Pengumuman yang telah lama ditunggu-tunggu sudah pasti disambut baik oleh penduduk Labuan," katanya.

Bilangan penganut Hindu di Labuan telah meningkat dan kini dianggarkan lebih 3,000 orang.

Najib membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves di Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau berkata sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan, Labuan juga layak menikmati cuti umum berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Kabinet, kata Najib. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Waspada Sampai Mesej Islam - Hadi

Artikel Berikut

Artikel Lain