suria

Kegiatan Penjual Diesel Haram Dikesan Tiga Agensi Penguatkuasa

Dua anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Nycle Andrew (kanan) dan Jackson memeriksa tangki minyak yang berisi lapan ribu liter pada sebuah lori yang dirampas dalam satu operasi. KPDNKK turut berjaya merampas 10 ribu liter diesel lagi di lokasi sama yang ditempatkan di sebuah tangki besar di dalam sebuah bengkel di KM 15 Jalan Penrissen dan jumlah rampasan dianggarkan kira-kira melebihi RM100 ribu. -fotoBERNAMA

KUCHING: Malang bagi seorang pengusaha bengkel apabila kegiatannya menjual diesel secara haram dapat dikesan oleh tiga pihak agensi penguatkuasa.

Ia bermula apabila satu pasukan dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) datang memerikasa bengkel berkenaan hari ini setelah menerima aduan bahawa premis tersebut di sebuah rumah kedai di Km15, Jalan Penrissen di sini, menjejaskan kawasan persekitaran.

Bagi mengelak kemungkinan diambil tindakan, pengusaha bengkel yang berumur dalam lingkungan 30-an itu cuba memberi suapan kepada kakitangan NREB, namun enggan diterima oleh mereka.

Sebaliknya kakitangan NREB itu menghubungi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini yang kemudian menghantar pegawai-pegawainya ke bengkel tersebut untuk memeriksa.

Pegawai-pegawai tersebut menjumpai sebuah tangki geluncur dan sebuah trak penuh dengan tong-tong yang berisi diesel.

Mensyaki pengusaha bengkel itu terlibat dengan kegiatan haram yang lain, pegawai-pegawai SPRM itu menghubungi pejabat penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan di sini, memberitahu hasil penemuan mereka itu.

Pengarah Penguatkuasa negeri kementerian itu, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mengerahkan unit penguatkuasanya untuk memeriksa yang kemudian melaporkan bahawa bengkel berkenaan tidak memiliki lesen menjual diesel.

"Kami menyita tangki geluncur tersebut yang dipercayai berisi kira-kira 10,000 liter bahan berkenaan dan 8,000 liter bahan sama sebagai kargo di dalam trak," katanya kepada pemberita di sini.

Wan Ahmad Uzir berkata nilai trak bersama bahan yang dirampas itu melebihi RM100,000 dan menambah kata bahawa pengusaha bengkel itu boleh didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan penalti sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata pihak SPRM masih menyoal pengusaha bengkel berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Waspada Sampai Mesej Islam - Hadi

Artikel Berikut

Artikel Lain