Empat Individu Tak Dikenali Dikhuatiri Lemas, Kereta Terbabas Ke Dalam Sungai - Semasa | mStar

Empat Individu Tak Dikenali Dikhuatiri Lemas, Kereta Terbabas Ke Dalam Sungai

Kelihatan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat empat individu yang belum dikenalpasti identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta jenis Proton Saga yang mereka naiki terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris, Pendang, Kedah kira-kira pukul 1.30 petang Selasa.
 
-fotoBERNAMA
Kelihatan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat empat individu yang belum dikenalpasti identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta jenis Proton Saga yang mereka naiki terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris, Pendang, Kedah kira-kira pukul 1.30 petang Selasa.
 
-fotoBERNAMA

PENDANG: Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini, Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira 1.30 petang tadi apabila kereta jenis Proton Saga berwarna putih dipercayai masuk ke Kampung Titi Haji Idris dekat sini, iaitu kira-kira 200 meter dari jalan utama Titi Haji Idris- Pekan Pendang dengan tempat kejadian.

Siti Fatimah Hussin, 34, berkata dia ketika itu yang berada di hadapan rumahnya yang bertentangan dengan tempat kejadian ternampak sebuah kereta dari jalan utama menghala masuk ke kampungnya dan tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman kuat dari arah sungai.

Katanya kereta tersebut yang terbabas ke dalam sungai tenggelam dengan cepat akibat arus sungai yang deras. Bagaimanapun tiada kelibat mangsa yang cuba keluar daripada kenderaan tersebut bagi menyelamatkan diri.

"Saya dengar bunyi 'boom' dan terus nampak ada kereta dah jatuh dalam sungai. Kemudian saya beritahu jiran dan tak lama kemudian kereta tu terus tenggelam. Saya terus hubungi bomba dan polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini Selasa.

Difahamkan kesemua mangsa bukan penduduk kampung tersebut dan mungkin orang luar yang datang untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan sungai itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar, Mohd Faizol Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan 22 anggota dari Pendang dan Kota Setar termasuk empat penyelam.

Katanya operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada 2.30 petang tadi bagaimanapun menghadapi kesukaran ekoran arus sungai yang terlalu deras serta keadaan sungai yang dalam iaitu kira-kira 5 meter.

JPAM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Setar menggunakan dua bot bagi melakukan kerja-kerja menyelamat dan mencari kenderaan mangsa di sekitar kawasan tersebut.

Setakat pukul 5 petang ini usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai lemas, gagal. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain