Cuepacs Mahu Derek Fernandez Mohon Maaf Ibaratkan Kakitangan Awam Sebagai Monyet - Semasa | mStar

Cuepacs Mahu Derek Fernandez Mohon Maaf Ibaratkan Kakitangan Awam Sebagai Monyet

KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)Derek Fernandez memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang mengibaratkan penjawat awam sebagai 'monyet' ketika mengulas isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata Cuepacs kesal dan memandang serius kenyataan itu dan mahu ahli MBPJ itu membetulkan kenyataan tersebut.

"Kalau betul apa yang disebut oleh saudara (Derek Fernandez)..kita mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam dan dia juga kena buat pembetulan ayat itu.

"Kalau dia tidak minta maaf maka Cuepacs akan memanggil satu mesyuarat tergempar dan kita akan buat piket di hadapan bangunan di mana beliau bertugas...kita kesal kerana belum pernah berlaku seorang ahli majlis menyebut penjawat awam sebagai "monyet'," katanya pada sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Kepayan, dekat sini pada Rabu.

Omar mengulas kenyataan ahli majlis MBPJ itu berhubung pemilihan calon Datuk Bandar MBPJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan penyandang Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu.

Fernandez dipetik sebagai berkata dalam akhbar Malay Mail, "let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject" (mari tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak").

Omar berkata ini adalah kenyataan "biadab" kerana beliau "tidak sepatutnya mengelar siapa sahaja pegawai yang datang sebagai "monkey" kerana ia adalah di bawah bidang kuasa pihak JPA untuk menghantar pengganti yang sesuai.

"Bukan maknanya dia datang tak sesuai dan ditolak atau bila diganti dikatakan 'monkey'...ini satu perkara yang tidak boleh terima," katanya sambil berharap perkara seumpama itu tidak berulang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

BN Lancar Radio BN Selangor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain