PKR Perlu Nyatakan Pendirian Terhadap Kenyataan Nurul Izzah - Semasa | mStar

PKR Perlu Nyatakan Pendirian Terhadap Kenyataan Nurul Izzah

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua,kanan) beramah mesra dengan keluarga Dhana Letchumy Arumugam, 56, (dua,kiri) ketika hadir membuat lawatan sempena sambutan Deepavali di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. -fotoBERNAMA
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua,kanan) beramah mesra dengan keluarga Dhana Letchumy Arumugam, 56, (dua,kiri) ketika hadir membuat lawatan sempena sambutan Deepavali di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. -fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar yang didakwa mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap bangsa Melayu dan Islam baru-baru.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Nurul Izzah juga perlu tampil menyelesaikan kontroversi itu.

"PKR perlu nyatakan pendirian mereka. Jangan lagi dolak-dalik dan jika benar ia berlaku, parti itu perlu memohon maaf.

"Isu kontroversi ini perlu ada penamatnya, Nurul Izzah juga perlu tampil ke hadapan untuk menyelesaikannya. Semuanya terletak pada bahu dia dan rakyat mahu tahu perkara sebenar," katanya selepas mengadakan kunjungan sempena sambutan Deepavali ke rumah keluarga Dhana Letchumy Arumugam, 56, di Kampung Sireh di sini Selasa.

Laporan portal berita propembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor pada 3 November.

Sementara itu, Mustapa berkata semua kaum minoriti di negara ini bertuah dapat hidup dalam suasana penuh harmoni yang kerajaan sama sekali tidak meminggirkan nasib mereka.

"Kita rasa bangga di Malaysia semua rakyat minoriti tetap diberi perhatian oleh kerajaan melalui kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk kaum India. Kita harus bersyukur tinggal di Malaysia," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain