suria

Pelajar Maahad Tahfiz Maut Motosikal Bertembung Kereta

MAUT...Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Pancor berdekatan jambatan Pok Nik Loh, Kampung Petani Sering, Kota Baharu, Kelantan.
 Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, Muhammad Hakim Mat Jib, 15, yang juga pelajar Maahad Tahfiz, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
 -fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Pancor berdekatan jambatan Pok Nik Loh, Kampung Petani Sering, di sini, Selasa.

Dalam kejadian 4.45 petang itu, Muhammad Hakim Mat Jib, 15, yang juga pelajar sebuah maahad tahfiz, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata mangsa dikatakan menuju ke arah Pancor dari Padang Tembak sebelum memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa masuk ke laluan bertentangan dan bertembung kereta dari arah Kampung Petani Sering yang menghala ke Panji," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Pemandu kereta Wan Hassan Wan Ismail, 50 dan seorang penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

Artikel Lain