suria

Mayat Bayi Ditemui Belakang Kedai

SANDAKAN: Mayat seorang bayi perempuan ditemui di belakang kedai di Jalan 2, Bandar Sandakan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mayat bayi berkenaan ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8.10 pagi Isnin.

"Mayat yang cukup sifat itu ditemui di dalam sebuah plastik yang diletakkan di atas lantai di kawasan belakang kedai berkenaan," katanya.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mayat bayi itu supaya tampil membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Lain