Mangsa Banjir Di Tiga Negeri Kini 1,519 Orang - Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Tiga Negeri Kini 1,519 Orang

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak dan Johor meningkat kepada 1,519 petang ini berbanding 1,469 orang pagi Isnin.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat daripada 1,327 orang kepada 1,355 manakala di Johor meningkat kepada 138 orang berbanding 120 pagi Isnin. Di Perak, jumlahnya meningkat daripada 22 orang kepada 26 orang, sementara Melaka mencatatkan penurunan kepada 84 orang setakat 4.32 petang ini berbanding seramai 90 orang pagi Isnin.

Di Selangor, sebanyak 344 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu empat di Kuala Langat, dua di Sepang dan satu di Kuala Selangor.

Di Johor, sebanyak 33 keluarga terbabit dan ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Batu Pahat manakala di Perak, enam keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Manjung dan di Melaka, 17 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Jasin.

Menurut portal Jabatan Saliran dan Pengairan pula, paras air di dua sungai utama di Selangor iaitu Sungai Langat di Bukit Changgang dan Sungai Selangor di Kuala Badong serta sebatang sungai di Johor iaitu Sungai Lenik di Batu Pahat telah melebihi paras amaran.

Jabatan itu menasihati orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan tersebut supaya berjaga-jaga. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Bayi Ditemui Belakang Kedai

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa