suria

Tiga Maut Empat Cedera Dalam Kemalangan Di Kunak

KUNAK: Tiga maut dan empat cedera apabila lori yang mereka tumpang hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler yang berhenti di tepi jalan di Km20 Jalan Kunak-Lahad Datu Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak, ASP Wee Devets Tan berkata akibat rempuhan itu lori berkenaan terbabas ke tepi jalan dan penumpangnya tercampak keluar dalam kejadion 4.40 petang itu.

Beliau berkata seorang penumpang meninggal di tempat kejadian sementara dua lagi di Hospital Kunak.

Empat yang cedera termasuk pemandu dan seorang wanita yang sarat mengandung kini dirawat di Hospital Kunak dan Hospital Tawau, katanya.

Mereka dikatakan baharu balik dari pengebumian anggota keluarga mereka di tanah perkuburan Islam Lor Malung dekat sini dan menghala ke arah Lahad Datu.

Wee berkata pemandu treler tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya dalam satu kenyataan tanpa memberi butiran lanjut mengenai mangsa.

Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu dikatakan bekerja di sebuah ladang sawit berdekatan sempadan Lahad Datu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain