suria

Mangsa Banjir Di Selangor Meningkat - MKN

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,230 orang setakat pagi Ahad berbanding 968 orang malam tadi.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah mangsa banjir di Melaka pula tidak berubah iaitu 90 orang setakat 10 pagi ini dan di Johor, ia menurun kepada 235 orang berbanding 359 pada Sabtu.

Menurut MKN, 12 pusat pemindahan masih dibuka di tiga negeri itu dan tiada penutupan jalan atau korban banjir dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, portal Jabatan Saliran dan Pengairan berkata di Selangor, paras air di Sungai Langat di Bukit Changgang dan Sungai Selangor di Rantau Panjang telah melebihi aras bahaya manakala bagi Sungai Selangor di Kuala Badong, ia melebihi aras amaran.

Di Pahang, air sungai melebihi aras amaran di Empangan Rempas di Bentong. Jabatan itu meminta penduduk di kawasan berkenaan supaya berjaga-jaga. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain