suria

Suspek Pengganas: Malaysia Tunggu Keputusan Lubnan

PETALING JAYA: Kerajaan Lubnan masih mengumpul bukti berhubung penahanan dua rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai kaitan dengan al-Qaeda, kata Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

Menurut beliau pihak berkuasa negara itu masih belum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan kes berkenaan atau menggugurkan tuduhan terhadap Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal dan Razif Mohd Ariff kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan militan.

"Kami masih menunggu keputusan. Walaua apa pun kita akan menghormati keputusan kerajaan Lubnan.

"Kita tidak tahu bila keputusan itu boleh diketahui, tetapi kita berharap bahawa kedua-dua lelaki berkenaan akan diberi perbicaraan yang adil," katanya.

Razif dan Mohamad Razin yang kini berada di penjara Roumieh, Beirut sedang menunggu keputusan panel hakim Tribunal Tentera setelah mereka ditahan di sebuah hotel di ibu negara Lubnan bulan lepas atas tuduhan menjadi anggota pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Kedua-dua mereka dilaporkan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain