suria

Mangsa Banjir Di Selangor, Melaka Meningkat

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Selangor dan Melaka meningkat kepada 1,209 orang setakat 9 malam ini berbanding 1,014 orang pagi Sabtu.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah mangsa di Selangor mencatat peningkatan daripada 164 orang kepada kepada 968.

Mangsa terdiri daripada 245 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu dua di Sepang, Kuala Langat (empat) dan Kuala Selangor (satu).

Di Melaka, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 90 orang berbanding 76 pagi tadi, namun hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Jasin, yang menempatkan 19 keluarga.

Bagaimanapun, di Johor, jumlah mangsa banjir menurun kepada 359 orang berbanding 439 pagi tadi dengan lima pusat pemindahan dibuka di Batu Pahat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain