suria

Lima Pelajar Kolej Ditahan Edar pil Kuda

KUANTAN: Polis menahan lima pelajar lelaki sebuah kolej swasta di Pekan semalam yang dipercayai mengedar pil kuda.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata kesemua pelajar yang berusia 18 tahun itu juga didapati positif dadah tersebut.

Beliau berkata dalam serbuan kira-kira 1.30 tengah hari itu, pihak polis menemui 50 pil kuda di dalam sebuah lokar salah seorang daripada mereka di bilik asrama.

"Kita percaya bekalan pil kuda yang diedarkan di sekitar daerah Pekan itu diperolehi dari negeri jiran yang dijual dengan harga RM20 sebiji," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Kesemua pelajar terbabit kini direman selama empat hari di Balai Polis Pekan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain