suria

Lelaki Nyaris Maut Ditembak Dihadapan Rumah

KULIM: Seorang lelaki nyaris maut ditembak tiga das sementara rakannya luka parah ditetak dalam satu pergelutan dengan dua lelaki di Taman Selasih, di sini, Jumaat. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kedah, Supt Law Tiang Huat berkata serangan itu dipercayai bermotif hutang berkaitan perniagaan, antara mangsa dan penyerang.

Katanya, dua lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak datang ke rumah mangsa berumur 29 tahun kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

"Kenderaan penyerang dipercayai mengguna plat nombor palsu tiba di rumah mangsa yang kebetulan keluar menyambut ketibaan seorang rakannya.

"Seorang daripada penyerang tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan tetapi tidak mengenai sasaran.

"Rakan mangsa cuba menolong namun diserang seorang lagi lelaki dengan parang menyebabkan siku kanan dan lutut kirinya luka namun tidak parah," kata Law kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Kedua-dua penyerang segera melarikan diri.

Law berkata polis menemui tiga kelongsong peluru pistol di tempat kejadian dan masih menyiasat jenis senjata api yang digunakan. Kedua-dua penyerang dikenali mangsa, besar kemungkinan rakan perniagaan, berumur 30an. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain