suria

Rumah Ahli Politik Bergelar Datuk Dirompak, Kerugian RM32,000

KOTA KINABALU: Rumah seorang ahli politik bergelar datuk di Taman Fulliwa, Menggatal dekat sini dipecah masuk malam Rabu dan beliau mengalami kerugian RM32,000.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata mangsa, 40an, mendapati keadaan dalam rumah dua tingkatnya bersepah ketika beliau dan keluarganya pulang kira-kira pukul 11 malam.

Beliau berkata, mangsa turut mengadu 86 butir peluru pistol miliknya hilang, selain wang tunai RM5,000, telefon bimbit, komputer riba, barang kemas dan jam tangan.

"Mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 1 pagi tadi di Balai Polis Daerah Menggatal.

"Kita percaya lebih seorang suspek terlibat dalam insiden itu berdasarkan siasatan awal di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain