suria

Komen Di Facebook Cetus Perkelahian Dua Remaja

KUALA LUMPUR: Dua remaja, yang menghina penampilan satu sama lain dalam di Facebook, memutuskan menyelesaikan perkara itu secara terbuka yang akhirnya mencetuskan perkelahian jalanan yang turut melibatkan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Dalam perkelahian tipikal itu, berlaku adegan cakar-mencakar, tampar-menampar, tarik rambut, mengoyakkan baju, tumbukan dan tendangan yang akhirnya menyebabkan dua gadis dan penyokong mereka lebam-lebam dan hilang maruah.

Difahamkan sesetengah daripada mereka mengalami kecederaan ringan dalam kejadian yang berlaku di Kepong, pada tengah malam hari Isnin.

Dua gadis berusia 18 tahun, kedua-duanya difahamkan dari Sentul, telah memulakan perang Facebook mereka pada Ahad selepas memberi komen tentang gambar masing-masing.

Kenyataan menghina dan diikuti dengan ejekan membawa kepada persetujuan antara kedua-dua mereka untuk bertarung di Kepong.

Salah seorang daripada mereka membawa bersama suami dan abangnya manakala seorang lagi datang dengan teman lelaki dan empat rakan lelaki.

Pertengkaran menjadi lebih panas apabila setiap pihak menggunakan kekerasan fizikal.

Gadis yang datang bersama suami dan abangnya mendakwa pihak lawan membawa keluar parang dan mengugut untuk mengelar ketiga-tiga mereka.

Kedua-dua pihak kemudian membuat laporan polis tetapi tiada tangkapan telah dibuat setakat ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

"Insiden itu sedang disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, sehingga menyebabkan kecederaan dan menyebabkan kerosakan," katanya pada Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain