Suspek Kes Tetak Di Wangsa Maju Serah Diri - Semasa | mStar

Suspek Kes Tetak Di Wangsa Maju Serah Diri

KUALA LUMPUR: Seorang dari lima suspek kes tetak anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini Ahad lepas, menyerah diri di Balai Polis Kepong malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki yang berumur 27 tahun itu, menyerah diri kira-kira pukul 9 malam.

"Sebelum itu, polis menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Gombak kira-kira pukul 3 pagi semalam dan suspek kini direman sehingga Ahad ini untuk diambil keterangan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Beliau berkata setakat ini polis telah menahan dua individu berkaitan kes itu.

Dalam kejadian 10.30 pagi Ahad lepas, Wan Mohd Faizal, 24, anak kepada Datuk Wan Mohd Najib Wan Mohamad cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan parang berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju.

Dua lagi suspek dipercayai menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!