Siar Keseluruhan Kandungan Forum Berkaitan Kenyataan Nurul Izzah - Jamil Khir - Semasa | mStar

Siar Keseluruhan Kandungan Forum Berkaitan Kenyataan Nurul Izzah - Jamil Khir

KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, adalah elok disiarkan keseluruhan kandungan forum di mana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan mengenai kebebasan beragama.

"Saya ingat kalau nak bincang tentang ini lebih jelas, elok disiarkan keseluruhan forum yang dibuat di tempat tersebut. Saya ingat tidak timbul barangkali kalau kita katakan persoalan media massa (putar belit).

"Kita tidak harus bermain politik dalam hal yang berkaitan akidah, hal yang berkaitan dengan pegangan sesuatu umat dan juga hal yang berkaitan dengan hal yang amat penting untuk umat Melayu dan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan siaran TV Alhijrah di Kelantan di sini, Rabu.

Jamil Khir diminta mengulas kontroversi ekoran kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu yang dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.

Jamil Khir berkata, perkara tersebut perlu diperjelaskan sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Mengenai siaran TV Alhijrah, Jamil Khir berkata, kini seluruh negara mendapat siaran tersebut dan siaran yang kurang jelas bagi kawasan di sesetengah negeri akan diperbaiki.

Katanya, stesen tersebut akan membuat pelbagai inovasi dan kreativiti supaya rancangan yang berbentuk dakwah itu meliputi semua peringkat umur dan mencapai matlamatnya.

Beliau berharap maklumat bersifat keislaman yang terkandung dalam rancangan siaran stesen tersebut akan terus berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

Penduduk negeri ini kini boleh menonton siaran TV Alhijrah secara percuma di saluran 48 melalui frekuensi 687.25 megahertz. - BERNAMA

Artikel Berikut

Suspek Kes Tetak Di Wangsa Maju Serah Diri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain