suria

Kerajaan P.Pinang Tetap Mahu Laksana Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tetap mahu melaksanakan Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan walaupun akta itu ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri sedang dalam poses untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

Beliau berkata Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 itu diluluskan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri, 9 Mei lepas dan telah diwartakan pada 5 Julai.

"Kerajaan negeri ingin membawa balik undi ketiga ini untuk memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri melalui proses demokrasi yang membawa banyak faedah kepada rakyat Pulau Pinang," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan negeri 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Khamis.

SPR tidak boleh mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang dan Selangor kerana seksyen mengenainya dalam Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 dimansuh selepas Akta Kerajaan Tempatan 1976 dikuatkuasakan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain