Kenyataan Anwar Cabar Najib Bersifat Alih Pandangan Isu Izzah - Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Kenyataan Anwar Cabar Najib Bersifat Alih Pandangan Isu Izzah - Ahmad Zahid

SETIU: Kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang adalah bersifat mengalih pandangan di atas isu panas yang dibuat oleh anaknya, Nurul Izzah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lontaran cabaran yang dibuat Anwar itu sewajarnya tidak perlu dilayan dan ia dibuat semata-mata sebagai satu perangkap politik.

"Tawaran Anwar itu bersifat tawaran politik. Kalau begitu, beliau juga harus jugalah bertanding di Pekan. Kalau beliau berani.

"Saya fikir tidak perlulah gimik politik kerana sistem politik di Malaysia agak berbeza dan adalah lebih baik bertanding di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu 1Malaysia Bermotosikal di Kolej Universiti Bestari di Permaisuri dekat sini, Khamis.

Ahmad Zahid, yang merupakan penaung Superbike Association of Malaysia (SAM) mengetuai konvoi lebih 400 motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara dengan satu perjalanan yang bermula di Johor pada Rabu dan akan berakhir di Putrajaya, Sabtu ini.

Konvoi tersebut yang dianjurkan SAM dan Media Prima bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai bilangan yang paling ramai berkonvoi motosikal berkuasa tinggi dalam ekspedisi di seluruh negara.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata, Nurul Izzah seharusnya mengakui kesilapan kenyataannya dan tidak wajar menyalahkan media sedangkan memang ada rakaman-rakaman yang dibuat oleh beliau yang menyuarakan demikian di sebuah gereja di Selangor.

"Kalau mahu mengambil hati dan mahu mencari pengaruh di kalangan agama lain, janganlah sampai menggadaikan prinsip-prinsip yang telah menjadi asas kepada Islam.

"Sebagai orang Islam, kita jangan harus berbeda pendapat, walaupun kita berlainan parti politik, kerana isu melibatkan soal agama tidak patut dipolitikkan," katanya.

Jelasnya, pihak berkenaan sepatutnya menggunakan kedudukan dan kekuatan untuk memperkukuhkan Islam dan bukannya hanya bersifat memperkukuhkan politik dan diri sendiri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain