suria

Lelaki Dituduh Hina Sultan Johor Ditahan Semula Di Bawah Akta Berbeza

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan semula seorang lelaki berusia 27 tahun yang dituduh menyiarkan kenyataan menghina terhadap Sultan Johor di halaman Facebooknya.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek telah ditahan sekali lagi selepas polis gagal untuk mendapatkan lanjutan perintah reman pertama dari mahkamah.

Beliau menambah, polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap suspek.

"Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta di bawah Akta Hasutan.

"Reman pertama ialah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia tetapi suspek kini ditahan semula di bawah Akta Hasutan," katanya.

Artikel Lain