Kerajaan Tegas Pinda Undang-Undang Lindungi Mangsa Rogol Bawah Umur - Semasa | mStar

Kerajaan Tegas Pinda Undang-Undang Lindungi Mangsa Rogol Bawah Umur

KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal dengan keputusan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang bertujuan melindungi mangsa rogol di kalangan remaja perempuan di bawah umur 16 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pindaan tersebut perlu bagi memastikan keselamatan golongan remaja perempuan khususnya di bawah umur 16 tahun terjamin, walaupun mendapat tentangan daripada pihak-pihak tertentu.

Menurut Mohamed Nazri, pindaan tersebut juga adalah bagi menghalang penggunaan Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang memberi kuasa kepada hakim meringankan hukuman penjara mandatori ke atas tertuduh.

"Berdasarkan statistik dari 2007 hingga 2012, hampir 6,000 kes rogol membabitkan gadis bawah umur dicatatkan. Sekiranya kita bahagikan kepada 365 hari setahun dan didarabkan dengan lima tahun, sebenarnya empat kes rogol berlaku setiap hari.

"Ini sangat serius. Jika hakim dibenarkan terus menggunakan Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang memberi mereka kuasa meringankan hukuman dan pesalah tidak dimasukkan ke dalam penjara, hukumannya kelihatan tidak setimpal dengan kesalahan serius yang dilakukan oleh perogol," katanya pada sidang media di pejabatnya di bangunan Parlimen pada Selasa.

Terdahulu, Mohamed Nazri menerima kunjungan daripada Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang bertujuan meminta kerajaan mempertimbangkan semula pindaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan memandangkan perogol adalah pesalah muda.

Sebelum ini, kerajaan memberi kebenaran kepada Jabatan Peguam Negara untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi mengekalkan hukuman penjara mandatori ke atas pesalah yang melakukan seks dengan gadis bawah umur.

Artikel Sebelum

Kerajaan Peruntuk RM3 Bilion Bagi BR1M 2.0

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan